Biografi Muawiyah bin Abu Sufyan

Muawiyah dilahirkan pada tahun 602 Masihi di dalam suku kaum Bani Abd Shams yang mana banyak antara mereka menentang Nabi Muhammad SAW di Makkah. Mereka ini terus menentang Rasulullah SAW sehinggalah hijrah nabi ke Madinah. Bapa Muawiyah yakni Abu Sufyan bin Harb ialah salah seorang yang benci akan Rasulullah SAW. Namun sebelum Futuh Makkah (Pembukaan Kota Makkah), beliau dan isterinya telah masuk Islam. begitu juga dengan hambanya yang bernama Wahsyi yang telah membunuh Saidina Hamzah r.a. Di sini menunjukkan betapa baginda Rasulullah SAW seorang yang sangat pemaaf dan tidak berdendam. Baginda suci-sesucinya dari sifat jahat dan berkepentingan baginda nabi yang maksum. Saudara perempuannya Ummu Habibah Ramlah adalah salah seorang isteri kepada Rasulullah SAW.

Muawiyah menjadi seorang Muslim sejak sebelum peristiwa pembukaan Kota Makkah tetapi menyorokkan status Islamnya daripada pengetahuan bapanya. Khalifah Muawiyah banyak diingati kerana khidmatnya di Syria. Dia juga terlibat dalam serangan ke atas tentera Byzantine di Syria.